Friday, April 13, 2012

Takaful. Apa itu Takaful?


Skim yang susah untuk membuat tuntutan jika sakit?. Itu persepsi masyarakat. Segelintir mereka.

Takaful bermaksud tolong menolong. Peserta takaful, contohnya apabila sakit akan dibantu daripada satu tabung. Tabung ini mendapat sumbangan peserta takaful dan juga peserta lain yang menyertai plan takaful yang sama.

Betul susah jika hendak membuat tuntutan? Sebenarnya ia bergantung kepada sijil. Jika dalam sijil menyatakan sakit tertentu tidak dilindungi maka bukan sahaja susah, bahkan tidak boleh membuat tuntutan ke atas sakit berkenaan.

Jika dalam sijil kata boleh buat tuntutan tetapi pengendali takaful tidak mahu menunaikannya, peserta boleh buat laporan ke Bank Negara Malaysia (BNM).

Sebab itu, peserta takaful perlu jelas plan perlindungan takaful yang diambil agar mudah membuat tuntutan. Ibarat jika sama-sama meyumbang buah durian kampung untuk manfaat bersama-sama, nanti dapatlah manfaat buah durian jenis itu, bukan pula buah durian 'Musang King'. aseammm@gmail.com


No comments:

Post a Comment